Wednesday, June 29, 2011

SewLove 1st Giveaway


Nak join? Boleh klik SINI. Harap2 ada lah rezeki ku....sebab yang ini sangattttt lah ku berkenan :)

Tuesday, June 28, 2011

Buttercup handbag


Aci tak? Tunjuk belah dalam dulu....hihi...Ekceli nak tunjuk label baru tu....yeahaaa....suka sangat2...comel kan? Ahaks! Projek ni dari tutorial made by rae (boleh google kalau nak). Tapi aku derhaka sikit resepi dia...kih kih kih. Kita tukar tang poket tu, bagi ada zip, ni beg yang kedua aku buat. Yang pertama dah lunyai kot aku lenjan hari2 pakai. So, improve from previous bag, I decided to make zipper pocket instead of open pocket.

Eh, ter speaking plak :)

Saturday, June 25, 2011

Awas, salah masuk jarum!

Semangat menjahit boleh merudum sekiranya tiba-tiba sahaja mesin jahit meragam. Godek sana sini. Tak tahu di mana silapnya. Sebelum ni ok saja. Tapi lepas tukar jarum, meragam pulak dia. 

Nasib baik 'bersahabat' dengan Juru Teknik mesin jahit. Pagi ni saya bawa ke pejabat. Minta diperiksa. Setelah disemak dan dicuba....ternyata....salah masuk jarum sahaja puncanya! Apakah sindrom2 salah masuk jarum ni?
  • Benang asyik putus.
  • Jahitan melompat-lompat
Meh sini saya nak kongsi. Perhatikan jarum mesin jahit kita. Ada 2 jenis permukaan bukan? 1 is round side iaitu melengkung. Dan satu lagi merupakan flat side, iaitu sisi rata.

Jadi, yang harus berada di hadapan, menghadap si tukang jahit itu adalah sisi yang melengkung, bukannya rata seperti yang saya lakukan!




Thursday, June 23, 2011

Bahaya memaparkan tracking number

Kadangkala saya berfikir. Mengapa perlunya kita meletakkan atau memaparkan nombor tracking parcel di laman web/blog/ wall Facebook?

Adakah kerana mahu memaklumkan kepada pembeli bahawa kita ni dah pos barang mereka? kalau yang demikian, adalah lebih baik sekiranya kita e-mail tracking number tersebut kepada orang yang berkenaan sahaja.

Atau hanya nak menunjuk kepada bakal-bakal customer, bahawa kita ni memang ada ramai pembeli?

Sebenarnya, ada risiko kehilangan parcel sekiranya kita memaparkan nombor jejak tu secara public. Cuba imagine ye:

Kalau customer tu berada di kawasan kejiranan rumah teres misalnya. Dia dan jiran dia, berkawan dalam FB. Lepas tu anda sebagai peniaga, tag nama customer ni dan berikan no.tracking. Kebetulan pula nak dijadikan cerita, customer dan jiran dia ni sedang bergaduh. Si jiran iri hati. Bila dapat tau ada parcel untuk customer ni (melalui wall di FB), si jiran busuk hati. Tahu customer tiada di rumah waktu itu. 

Maka si jiran pon 'tolong' menyemak lokasi parcel dan buat anggaran bila akan tiba. Masa posmen datang, kononnya si jiran tolong ambilkan untuk customer ni. Sign, guna nama orang lain dan IC entah siapa... Lesap!

Ahaks! Mungkin imaginasi saya melampau, tapi jangan tak tahu...perkara sebegini pernah terjadi. Oleh itu, awas ye anda semua. Ambil langkah berjaga-jaga, apa salahnya, kan?

Wednesday, June 22, 2011

Letihnya bereksperimentasi


Actually, dah tak tahu ini wallet2 aku creation yang ke berapa kali tah. Banyak. Banyakkkkkk sangat. Mungkin lepas ni nak bereksperimentasi dengan felt. Lebih mudah agaknya. 

Part yang meletihkan is when you go through the bias or end up with topstictch along the thick fabric! Huhh...really2 challenging for me.

So here is my latest two wallet which is unfinish yet! If you can see, the black polka dot is with no topsticth and I left the part to turn it out, remain unstitch!Cause I broke too many needles...ahaha



While the cute pink one, I fail to sew on bias! Still have to practise more and more and more..Till when? Only Allah knows :)

The Baby Blue Story


How can I suddenly came out with an idea to make this baby blue clutch? Cause I'm jealous whenever see your clutch...hihi.. Blog walking everyday to crafters blog, make me copying your idea. But of course not 100% lah kan... Someone said, there is no problem to copy other's idea, but you have to make sure you did something new on it! That's called innovative. And here I am!

Combining the baby blue polka dot cotton with flower blue flannel cotton has turn to this such lovely creation. :p 

I draw my own template with my own measurement. I did not print any template given online cause I wants to feel the hardness to make something from A to Z!

So guys, I hope you love it! I will make out a tutorial to make this clutch when I am working on the second one, watch out!

Tuesday, June 21, 2011

Tips Meletakkan Harga Untuk Handmade Produk

Salam semua... masa aku berhempas pulas menyiapkan tempahan orang, tiba2 hati terdetik, berbaloi ke upah yang aku terima? Kalau untuk produk yang baru2 dan masih dalam percubaan, mungkin aku tak kisah sangat...kerana tempahan tu pon merupakan salah satu kaedah untuk kita mempertingkatkan lagi kemahiran, ye tak?

Tapi kalau dah sampai tahap 'mahir', maka boleh kah kita kekal pada takuk lama? Berbaloi ke masa yang kita laburkan itu? 

Tak perlu pandang jauh, tengok je apa yang ada depan mata korang sekarang. Maksud aku, projek jahitan. Aku ambil contoh menjahit kepingan nama dari kain felt.

Nama= W.A.N.I

Masa melukis + masa menggunting + masa menjahit + masa menggunting sekali lagi = mari kita kira!

Untuk melukis, mungkin tak lama masa diambil...nak2 lagi acuan dah tersedia. Katakan lah 3 minit.

Part menggunting pula, kita perlu lebih teliti. Satu huruf mungkin mengambil masa sekitar 2 minit. Maka total untuk nama W.A.N.I tadi katakanlah 8 minit.

Menjahit. Part yang paling mencabar. Benang perlu dianggarkan dengan tepat supaya masa tak terbuang bila asyik kehabisan benang. Satu huruf memakan masa sekitar 7 ke 8 minit. So, Let's say menjahit needs 30 minit.

Akhir sekali, kembali menggunting... Kali ini sekeping, maka dianggarkan kira2 1 minit sahaja.

Berapa jumlah minit yang dilaburkan? 42 minit.

Upah yang diterima?

Contohnya, sebelum ni aku caj RM 1 per huruf. Maka RM 4 untuk nama W.A.N.I

Secara konklusinya, RM 4 untuk 42 minit.

Ohh kawan-kawan, itu belum tolak modal lagi ye.

Katakan harga felt untuk sekeping nama + 4 huruf tu = RM 0.80

Maka upah bersih yang diterima hanyalah RM 3.20 untuk 42 minit.

Berbaloi tak agak2 untuk korang laburkan masa selama 42 minit untuk RM 3.20?

It's my job...

Lama menyepi, sepi bukan sebarang sepi...tapi sepi aku berhasil :)


Nama dari felt ni merupakan tempahan dari kak Liya...dah lama ni, saja ulang tayang :)

Berminat nak order? RM 1+RM 1 per huruf (New charges start from Today).


ID holder made from felt. Made with love for my dearie sis misi :)


DIY pack for ID holder & DIY Teddy HP Strap...made for Kaisara :)


DIY ID holder, made for Mazuin, a special person.