Saturday, June 25, 2011

Awas, salah masuk jarum!

Semangat menjahit boleh merudum sekiranya tiba-tiba sahaja mesin jahit meragam. Godek sana sini. Tak tahu di mana silapnya. Sebelum ni ok saja. Tapi lepas tukar jarum, meragam pulak dia. 

Nasib baik 'bersahabat' dengan Juru Teknik mesin jahit. Pagi ni saya bawa ke pejabat. Minta diperiksa. Setelah disemak dan dicuba....ternyata....salah masuk jarum sahaja puncanya! Apakah sindrom2 salah masuk jarum ni?
  • Benang asyik putus.
  • Jahitan melompat-lompat
Meh sini saya nak kongsi. Perhatikan jarum mesin jahit kita. Ada 2 jenis permukaan bukan? 1 is round side iaitu melengkung. Dan satu lagi merupakan flat side, iaitu sisi rata.

Jadi, yang harus berada di hadapan, menghadap si tukang jahit itu adalah sisi yang melengkung, bukannya rata seperti yang saya lakukan!




No comments: