Thursday, June 23, 2011

Bahaya memaparkan tracking number

Kadangkala saya berfikir. Mengapa perlunya kita meletakkan atau memaparkan nombor tracking parcel di laman web/blog/ wall Facebook?

Adakah kerana mahu memaklumkan kepada pembeli bahawa kita ni dah pos barang mereka? kalau yang demikian, adalah lebih baik sekiranya kita e-mail tracking number tersebut kepada orang yang berkenaan sahaja.

Atau hanya nak menunjuk kepada bakal-bakal customer, bahawa kita ni memang ada ramai pembeli?

Sebenarnya, ada risiko kehilangan parcel sekiranya kita memaparkan nombor jejak tu secara public. Cuba imagine ye:

Kalau customer tu berada di kawasan kejiranan rumah teres misalnya. Dia dan jiran dia, berkawan dalam FB. Lepas tu anda sebagai peniaga, tag nama customer ni dan berikan no.tracking. Kebetulan pula nak dijadikan cerita, customer dan jiran dia ni sedang bergaduh. Si jiran iri hati. Bila dapat tau ada parcel untuk customer ni (melalui wall di FB), si jiran busuk hati. Tahu customer tiada di rumah waktu itu. 

Maka si jiran pon 'tolong' menyemak lokasi parcel dan buat anggaran bila akan tiba. Masa posmen datang, kononnya si jiran tolong ambilkan untuk customer ni. Sign, guna nama orang lain dan IC entah siapa... Lesap!

Ahaks! Mungkin imaginasi saya melampau, tapi jangan tak tahu...perkara sebegini pernah terjadi. Oleh itu, awas ye anda semua. Ambil langkah berjaga-jaga, apa salahnya, kan?

6 comments:

wida said...

logik jugak imaginasi mamazara tu..hehe

tuah said...

setuju!
x payah la nk bangga kita ada bnyk costumer..
no tracking tu antara kita, si pnjual ngn pmbeli je, mklumkn mlalui email atau sms pd si empunya.
just simpn resit utk bukti kita pos.

Aku Ibu Muda said...

kannn tuah kan :)

mende2 macam ni walau jarang terjadi, tapi tak mustahil :)

wida, imaginasi saya tinggi...hihi

Myra Jay said...

Hmm boleh jadi jugak kan..
Bahaya nieh.. TQ yer atas pendapat nie :)

Aku Ibu Muda said...

Myra...sekadar imaginasi saya :)

Mila@Rimbun said...

setuju jugak ngan your imagination nii.. anything can happen. even cerita terlalu banyak pasal personal pon mungkin akan menyebabkan org irihati. saya tgk ramai blogger yg suka nak tunjuk brp dia dpt monthly from blogging, pastu tunjuk gambar anak, spouse, emak, ayah etc... kalau ada yg busuk hati, or penculik nak ambik kesemptan.. nayaaaa