Tuesday, June 21, 2011

Tips Meletakkan Harga Untuk Handmade Produk

Salam semua... masa aku berhempas pulas menyiapkan tempahan orang, tiba2 hati terdetik, berbaloi ke upah yang aku terima? Kalau untuk produk yang baru2 dan masih dalam percubaan, mungkin aku tak kisah sangat...kerana tempahan tu pon merupakan salah satu kaedah untuk kita mempertingkatkan lagi kemahiran, ye tak?

Tapi kalau dah sampai tahap 'mahir', maka boleh kah kita kekal pada takuk lama? Berbaloi ke masa yang kita laburkan itu? 

Tak perlu pandang jauh, tengok je apa yang ada depan mata korang sekarang. Maksud aku, projek jahitan. Aku ambil contoh menjahit kepingan nama dari kain felt.

Nama= W.A.N.I

Masa melukis + masa menggunting + masa menjahit + masa menggunting sekali lagi = mari kita kira!

Untuk melukis, mungkin tak lama masa diambil...nak2 lagi acuan dah tersedia. Katakan lah 3 minit.

Part menggunting pula, kita perlu lebih teliti. Satu huruf mungkin mengambil masa sekitar 2 minit. Maka total untuk nama W.A.N.I tadi katakanlah 8 minit.

Menjahit. Part yang paling mencabar. Benang perlu dianggarkan dengan tepat supaya masa tak terbuang bila asyik kehabisan benang. Satu huruf memakan masa sekitar 7 ke 8 minit. So, Let's say menjahit needs 30 minit.

Akhir sekali, kembali menggunting... Kali ini sekeping, maka dianggarkan kira2 1 minit sahaja.

Berapa jumlah minit yang dilaburkan? 42 minit.

Upah yang diterima?

Contohnya, sebelum ni aku caj RM 1 per huruf. Maka RM 4 untuk nama W.A.N.I

Secara konklusinya, RM 4 untuk 42 minit.

Ohh kawan-kawan, itu belum tolak modal lagi ye.

Katakan harga felt untuk sekeping nama + 4 huruf tu = RM 0.80

Maka upah bersih yang diterima hanyalah RM 3.20 untuk 42 minit.

Berbaloi tak agak2 untuk korang laburkan masa selama 42 minit untuk RM 3.20?

5 comments:

Hanis Azla said...

mmg kena kira betul2 kan agar upah yg diterima itu berbaloi dgn hasil dan masa yg kita habiskan..

Bieha said...

Bab untuk meletak harga barangan adalah yg paling 'sukar' skali.. Apa taknya letak terlalu murah takut x berbaloi, letak harga tinggi kot org kata mahal... Selalu jugak kena marah ngan hubby...
First skali nak kira harga, kena dulu consider harga 'bahan mentah'... Contohnya kalau semeter fabric rege dlm RM12, kita x leh ambik RM12, kena 'up' jugak skit nak cover harga minyak, tol, parking, 'upah' g carik fabric tu dll.. Then harga upah, then still kena mark up lagi skit, as to cover discount yg customer mintak atau yg kita perlu bg esp yg beli in bulk....

Mama Zara said...

Betul tu kak hanis...but sometimes ada orang yang suka barang handmade but not willing to pay for the price :(

Mama Zara said...

Betul tu kak bie...lepas ni wani rasa kita kena jadi hati kering. kena disiplin meletak harga

kalau baik sangat, kita juga yg rugi...ibarat buat mende sia-sia je lah.tak berbaloi...uhuhu

faisal apardi said...

wah sangat teliti..yang penting ada untung..tp kadang2 ada masa untung ada masa rugii...