Thursday, October 27, 2011

Perlukah bisnes/blog ini ditutup?

Salam buat semua geng-geng crafters.

Betapa beratnya kepala ini memikirkan....apa akan jadi dengan blog/bisnes kraf ini nanti.

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin belum. Saya baru sahaja dikhabarkan tentang kerjaya baru (the other side of me) yang memerlukan saya berpindah ke Kelantan. Tak tahu bagaimana situasi kerjaya baru itu nanti.

Apa pendapat kalian ye?

Teruskan atau..... tutup terus? Huhuuuu......

Wednesday, October 26, 2011

Trapezium Make up pouch turns to prism

 Front view
Back view

Interested? Do fill in the order form ya

RM 26 including postage

Wordless wednesday#2 Troli benang

Wednesday, October 19, 2011

Tutorial: How to make a ribbon bow

Salam and hi to everyone... today I would like to share with u'ols on how to make a ribbon bow.

Cut 2 pieces of ribbon, both length are 4.5 inches & width 15mm.

 Fold both ends to center (refer image). Make sure there is clash around 5mm (0.5cm)

 Make a baste stitch (jahit jelujur) at the center. You have to make sure that the stitches go through 3 layers of ribbon.

 Pull the thread, and tie the ribbon.


  Using the same thread, start to baste stitch the second piece of ribbon (using same step).

 Pull the thread and tie the ribbons together.

 Done! Cut out the excess thread.
Use any of flat back as an embellishment at the center of the ribbon. You also may use another 5mm width of ribbon to tie them.

Okey, siap! Senang kan?

So, looking for 15mm grossgrain ribbon? Grab all those below for RM 20 including postage. You will get 13 x 1 meter plain GG ribbon + FOC of 1 meter love printed GG! Interested? Fill in the Order Form ya...thank you!


Thursday, October 13, 2011

Bundle order for DIY ID holder


Yang ini masa masih lagi dalam proses pemotongan kain felt. Boleh tahan lenguh jugak lah nak memotong untuk 20 set ni. Mujur ada rotaty cutter :)

Yang ni pulak bila dah siap dipaketkan. Untuk bundle order macam ni, minimum 20 set u will get price for RM 5 each set. So total termasuk poslaju around RM 106-RM 109 depends on location lah.

Lastly, order from fren of mine....nak tema hitam katanya. Hope kak fiza puas hati ye :) Untuk order ID holder yang dah siap, harga range from RM 12 to RM 15, depends on design ye.

My work station


Buat sementara waktu, kat sini lah saya ber'karya'. Kemas tak? Ahaks! Kejap je ni...2-3 hari lepas snap ni, dah kembali dilanda tsunami meja kerja saya ni. Last week ada tambah drawer baru...tapi masih belum snap lagi.


Mode: Tak sabar nak pindah rumah baru!

Wednesday, October 12, 2011

Luna Felt Set for Trial Pack RM 20


Hanya ada 4 set untuk Luna Trial Pack ni. Sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan felt kraf. Set ini mengandungi:
  • 12 warna felt (Luna colors) yg berukuran 6" x 6" (anggaran)
  • 5 pcs round brooch 2 cm
  • 5 pcs hp strap
  • 10 pcs assorted color of 4 holes buttons
  • 2 pcs snap clip 5.5cm
  • 3 pcs snap clip 3.5 cm
  • 1 pair google eyes 1.5 cm
  • 2 pairs google eyes 8 mm
  • 1 hair clip 6.5 cm
  • 1 pack of fiber fills
  • FOC: Grossgrain ribbon 1 m (selected by me)
Harga? RM 20 only including PosLaju to Peninsular M'sia.... Sabah & S'wak...harga lain ye :) Kalau berminat, boleh isi order form ye :)


Friday, August 19, 2011

Sepi-sepi berisi

Nak dekat raya ni, almaklum je la...masing2 sibuk mengejar tempahan. Kan? So far, saya hanya menyiapkan tempahan felt...as usual...applique nama dan ID holder.

Selain tu, saya juga sibuk menjahit baju untuk kakak dan saya! Tahun ni tak ada bajet tambahan untuk raya. Harapkan gaji je. So, saya tak ada bajet langsung untuk beli baju raya saya dan gegirl (kakak). Maka, saya gigih belajar dan menjahit sendiri baju raya kami !



Gaun dan kurung pesak gantung untuk kakak. Baju melayu adik masih WIP. Baju raya saya ponn WIP lagi.

Friday, July 22, 2011

A dress for birthday girl

----------
Sent from my Nokia phone

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Tempahan Baju Kurung Masih Dibuka

*ENTRY2 BARU--SILA SCROLL DOWN YE*

Sesiapa yang rasa nak tempah baju kurung, boleh... untuk yang duduk di sekitar Puchong dan berdekatan je lah ye (shah alam, putrajaya, subang). Kalau luar dari tu, boleh je kalau korang sanggup bayar kos pengeposan yang dah naik mulai semalam. Kalau dulu, 1st 500 gram  RM 5.75 je... sekarang dah naik jadik RM 6.50 beb!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... aku cerewet...kih kih kih.. 
Hanya kain cotton je ok. Lain2 tak terima sebab masih belum di tahap sabar yang tinggi untuk memotong dan menjahit kain lembik2 ni....hihihiiii. Nak suruh aku cari kain pon boleh... But not for fussy customer lah. Setakat nak suruh cari kain polkadot tu boleh la... Cuma kalau korang punya explanation tu macam ni:

"Nak bunga kecik, tapi tak kecik sangat...pink tapi tak pink sangat dan tak nak ada kaler2 lain yang pelik2...bla...bla...blaaa..."

Sila lah beli kain sendiri....hehe

Ok, done. Berminat kalu...boleh terus SMS aku 0 satu 7-Dua kosong 1 sembilan 85 sembilan

Sneak preview: my gurl's dress

Working on it till 1 am in the morning doesn't make me feel sleepy. But when I suddenly realize that tomorrow is working day...arghh... I have to stop here tonight.

----------
Sent from my Nokia phone

Saturday, July 16, 2011

GA dah tutup! Pemenangnya?

Ok la...seminggu masa diberikan (lebih kurang la), malas nak simpan lama2...janji 16hb tutup kan? So saya kira dah tamat lepas dapat kesemua 130 tokens penyertaan. Boleh refer pada entry sebelumnya untuk nombor peserta.

Selepas me'lari'kan random. org, maka ini yang saya dapat:

(maaf, tak dapat nak print screen sebab tetiba je tangan dah ter klik run lagi sekali)

Nombor yang dipilih ialah 63.

So, kepada pemilik no. 63 boleh email saya di deejaywani[at]gmail.com untuk proses tuntutan.

Tahniah kepada pemenang. Yang tak berjaya, cuba lagi nanti ye. Rajin2 la datang blog ni. Saya ni rajin menjahit. Dan ada masanya memang suka nak bagi je kat orang apa2 yang pertama kali saya cuba jahit tu. hehe....

Tuesday, July 12, 2011

Giveaway my first stripe clutch!


I just finished sewing my first stripe clutch and seems like wanna to give it away to lucky readers.
No hard task, just leave ur 'creative' comment here. And I will count u in for 1 token.
If you willing to spread this giveaway by making an entry bout this, then 3 tokens will be given to u! Easy rite?
So readers, leave ur comment now and your email + your blog url link if u making entry bout this.
Good luck!
----------
Sent from my Nokia phone


*Update Tarikh Tutup: 16 July 2011

*Update senarai peserta
  1. Syai Sipot
  2. mama maman
  3. Farah Shamsudin
  4. Isteri Encek Bard
  5. Huda
  6. Huda
  7. Huda
  8. LadyzuL 
  9. MaMa CyDa
  10. MaMa CyDa
  11. MaMa CyDa
  12. Mylovelicious Cupcakes
  13. Hanis Azla
  14. nanakimie
  15. nanakimie
  16. nanakimie
  17. ♥♥azatiesayang ♥♥
  18. ♥♥azatiesayang ♥♥
  19. ♥♥azatiesayang ♥♥
  20. syawalsimpsons
  21. syawalsimpsons
  22. syawalsimpsons
  23.  Che Meow
  24.  Che Meow
  25.  Che Meow
  26. aNiM
  27. aNiM
  28. aNiM
  29. hani syahida
  30. hani syahida
  31. hani syahida
  32. fieda
  33. fieda
  34. fieda
  35. gadisBunga
  36. meoww cat
  37. meoww cat
  38. meoww cat
  39.  ...sWeeT uMi...
  40.  ...sWeeT uMi...
  41.  ...sWeeT uMi...
  42. Cik Rose Cute
  43. Cik Rose Cute
  44. Cik Rose Cute
  45. IntaNBerliaN
  46. IntaNBerliaN
  47. IntaNBerliaN
  48. eB ezrin
  49. eB ezrin
  50. eB ezrin
  51. Nida
  52. Nida
  53. Nida
  54. fadwa daud
  55. fadwa daud
  56. fadwa daud
  57. Maya Mayana
  58. nabila azmi
  59. nabila azmi
  60. nabila azmi 
  61. IBU AQIL
  62. IBU AQIL
  63. IBU AQIL
  64. Jaa
  65. Jaa
  66. Jaa    
  67. Ichi      
  68. mzhany
  69. mzhany
  70. mzhany
  71. #ciksuzlin
  72. #ciksuzlin
  73. #ciksuzlin
  74. naju 
  75. naju 
  76. naju 
  77. suzie 
  78. Fadzillah Kamarudin
  79. Fadzillah Kamarudin
  80. Fadzillah Kamarudin
  81. haiza aryani ilyas
  82. haiza aryani ilyas
  83. haiza aryani ilyas
  84. annur_islam
  85. annur_islam
  86. annur_islam
  87. Fadzlina Zaman
  88. Fadzlina Zaman
  89. Fadzlina Zaman
  90. Cik Purple Pinkypuff
  91. Cik Purple Pinkypuff
  92. Cik Purple Pinkypuff
  93. ♥CIK IERA♥ 
  94. ♥CIK IERA♥ 
  95. ♥CIK IERA♥ 
  96. fara anak abah 
  97. fara anak abah 
  98. fara anak abah 
  99. Adek Pijat 
  100. Adek Pijat 
  101. Adek Pijat 
  102. Annis Wina
  103. Annis Wina
  104. Annis Wina
  105. abazilah 
  106. abazilah 
  107. abazilah 
  108. Farah Chewcorns 
  109. Farah Chewcorns 
  110. Farah Chewcorns 
  111. Yaati Nor
  112. Yaati Nor
  113. Yaati Nor
  114. Musliza Hasni 
  115. Musliza Hasni 
  116. Musliza Hasni 
  117. shera haifa
  118. shera haifa
  119. shera haifa
  120. Still alive
  121. cikpuanhady
  122. cikpuanhady
  123. cikpuanhady
  124. asiah_najihah
  125. asiah_najihah
  126. asiah_najihah
  127. Zulleen
  128. -tAlkativE-
  129. -tAlkativE-
  130. -tAlkativE-
*Update lagi...cara pemilihan pemenang: By random.org

Monday, July 11, 2011

Bermain dengan yang kecil molek

Bila kebosanan atau tertekan, aku suka habiskan masa dengan fokus membuat kraf2 yang kecil molek dan simple seperti hiasan2 untuk klip rambut/ brooch.

Flower Hair/Shawl Clip

Ribbon...tak tahu nak buat apa.

Hair Clip...

Shawl clip...dah macam pepatung pulak kan?

Polka dot ribbon bow...made for ID Holder ribbon strap.

Friday, July 8, 2011

16mm Plain Grossgrain Ribbon RM10 per pack

This pack contains of 9 metres ribbons, 1 meter for each color.
RM 10 including postage. Interested? Fill in the form ya :)

Wednesday, July 6, 2011

Customize Baju Kurung for Lil Doter



Abaikan model berseluar tidur ye. Masa ni kain nya belum sepat jahit lagi...hihi... Seronok rupanya bila dapat menjahit baju untuk anak kan?

So...kalau ada yang berminat nak tempah, leh hubungi saya menerusi page Contact Us di atas ok. Untuk baju kurung budak umur 3 tahun ke bawah, saya ambil upah RM 15. Tambahan RM 10 untuk hiasan applique dari felt macam yang model kenit saya pakai kat atas tu :)

Tuesday, July 5, 2011

Small Wristlet Pouch


Akhirnya...setelah bereksperimentasi dari dulu hingga kini, last week saya berjaya menjahitnya. Comel kan? kih kih kih...Kalau sendiri tak puji, sapa lagi nak puji kannnn

So, I am letting them go for RM 15 each, including postage.


Yang ni leopard print. 


Alas dalamnya saya gunakan polkadot cotton


Yang ni plak pink stripe


Ponnn alas dalam guna polka dot cotton


Yang ni plak LV printed. Tapi tak mo jual. Nak bagi customer yg buat pembelian melebihi RM 50 in single receipt, not including postage. Promo ni khas untuk bulan July je. Dan pouch ni tak de tali.


Kalau nak order pon boleh :)

Wednesday, June 29, 2011

SewLove 1st Giveaway


Nak join? Boleh klik SINI. Harap2 ada lah rezeki ku....sebab yang ini sangattttt lah ku berkenan :)

Tuesday, June 28, 2011

Buttercup handbag


Aci tak? Tunjuk belah dalam dulu....hihi...Ekceli nak tunjuk label baru tu....yeahaaa....suka sangat2...comel kan? Ahaks! Projek ni dari tutorial made by rae (boleh google kalau nak). Tapi aku derhaka sikit resepi dia...kih kih kih. Kita tukar tang poket tu, bagi ada zip, ni beg yang kedua aku buat. Yang pertama dah lunyai kot aku lenjan hari2 pakai. So, improve from previous bag, I decided to make zipper pocket instead of open pocket.

Eh, ter speaking plak :)

Saturday, June 25, 2011

Awas, salah masuk jarum!

Semangat menjahit boleh merudum sekiranya tiba-tiba sahaja mesin jahit meragam. Godek sana sini. Tak tahu di mana silapnya. Sebelum ni ok saja. Tapi lepas tukar jarum, meragam pulak dia. 

Nasib baik 'bersahabat' dengan Juru Teknik mesin jahit. Pagi ni saya bawa ke pejabat. Minta diperiksa. Setelah disemak dan dicuba....ternyata....salah masuk jarum sahaja puncanya! Apakah sindrom2 salah masuk jarum ni?
  • Benang asyik putus.
  • Jahitan melompat-lompat
Meh sini saya nak kongsi. Perhatikan jarum mesin jahit kita. Ada 2 jenis permukaan bukan? 1 is round side iaitu melengkung. Dan satu lagi merupakan flat side, iaitu sisi rata.

Jadi, yang harus berada di hadapan, menghadap si tukang jahit itu adalah sisi yang melengkung, bukannya rata seperti yang saya lakukan!




Thursday, June 23, 2011

Bahaya memaparkan tracking number

Kadangkala saya berfikir. Mengapa perlunya kita meletakkan atau memaparkan nombor tracking parcel di laman web/blog/ wall Facebook?

Adakah kerana mahu memaklumkan kepada pembeli bahawa kita ni dah pos barang mereka? kalau yang demikian, adalah lebih baik sekiranya kita e-mail tracking number tersebut kepada orang yang berkenaan sahaja.

Atau hanya nak menunjuk kepada bakal-bakal customer, bahawa kita ni memang ada ramai pembeli?

Sebenarnya, ada risiko kehilangan parcel sekiranya kita memaparkan nombor jejak tu secara public. Cuba imagine ye:

Kalau customer tu berada di kawasan kejiranan rumah teres misalnya. Dia dan jiran dia, berkawan dalam FB. Lepas tu anda sebagai peniaga, tag nama customer ni dan berikan no.tracking. Kebetulan pula nak dijadikan cerita, customer dan jiran dia ni sedang bergaduh. Si jiran iri hati. Bila dapat tau ada parcel untuk customer ni (melalui wall di FB), si jiran busuk hati. Tahu customer tiada di rumah waktu itu. 

Maka si jiran pon 'tolong' menyemak lokasi parcel dan buat anggaran bila akan tiba. Masa posmen datang, kononnya si jiran tolong ambilkan untuk customer ni. Sign, guna nama orang lain dan IC entah siapa... Lesap!

Ahaks! Mungkin imaginasi saya melampau, tapi jangan tak tahu...perkara sebegini pernah terjadi. Oleh itu, awas ye anda semua. Ambil langkah berjaga-jaga, apa salahnya, kan?

Wednesday, June 22, 2011

Letihnya bereksperimentasi


Actually, dah tak tahu ini wallet2 aku creation yang ke berapa kali tah. Banyak. Banyakkkkkk sangat. Mungkin lepas ni nak bereksperimentasi dengan felt. Lebih mudah agaknya. 

Part yang meletihkan is when you go through the bias or end up with topstictch along the thick fabric! Huhh...really2 challenging for me.

So here is my latest two wallet which is unfinish yet! If you can see, the black polka dot is with no topsticth and I left the part to turn it out, remain unstitch!Cause I broke too many needles...ahaha



While the cute pink one, I fail to sew on bias! Still have to practise more and more and more..Till when? Only Allah knows :)

The Baby Blue Story


How can I suddenly came out with an idea to make this baby blue clutch? Cause I'm jealous whenever see your clutch...hihi.. Blog walking everyday to crafters blog, make me copying your idea. But of course not 100% lah kan... Someone said, there is no problem to copy other's idea, but you have to make sure you did something new on it! That's called innovative. And here I am!

Combining the baby blue polka dot cotton with flower blue flannel cotton has turn to this such lovely creation. :p 

I draw my own template with my own measurement. I did not print any template given online cause I wants to feel the hardness to make something from A to Z!

So guys, I hope you love it! I will make out a tutorial to make this clutch when I am working on the second one, watch out!

Tuesday, June 21, 2011

Tips Meletakkan Harga Untuk Handmade Produk

Salam semua... masa aku berhempas pulas menyiapkan tempahan orang, tiba2 hati terdetik, berbaloi ke upah yang aku terima? Kalau untuk produk yang baru2 dan masih dalam percubaan, mungkin aku tak kisah sangat...kerana tempahan tu pon merupakan salah satu kaedah untuk kita mempertingkatkan lagi kemahiran, ye tak?

Tapi kalau dah sampai tahap 'mahir', maka boleh kah kita kekal pada takuk lama? Berbaloi ke masa yang kita laburkan itu? 

Tak perlu pandang jauh, tengok je apa yang ada depan mata korang sekarang. Maksud aku, projek jahitan. Aku ambil contoh menjahit kepingan nama dari kain felt.

Nama= W.A.N.I

Masa melukis + masa menggunting + masa menjahit + masa menggunting sekali lagi = mari kita kira!

Untuk melukis, mungkin tak lama masa diambil...nak2 lagi acuan dah tersedia. Katakan lah 3 minit.

Part menggunting pula, kita perlu lebih teliti. Satu huruf mungkin mengambil masa sekitar 2 minit. Maka total untuk nama W.A.N.I tadi katakanlah 8 minit.

Menjahit. Part yang paling mencabar. Benang perlu dianggarkan dengan tepat supaya masa tak terbuang bila asyik kehabisan benang. Satu huruf memakan masa sekitar 7 ke 8 minit. So, Let's say menjahit needs 30 minit.

Akhir sekali, kembali menggunting... Kali ini sekeping, maka dianggarkan kira2 1 minit sahaja.

Berapa jumlah minit yang dilaburkan? 42 minit.

Upah yang diterima?

Contohnya, sebelum ni aku caj RM 1 per huruf. Maka RM 4 untuk nama W.A.N.I

Secara konklusinya, RM 4 untuk 42 minit.

Ohh kawan-kawan, itu belum tolak modal lagi ye.

Katakan harga felt untuk sekeping nama + 4 huruf tu = RM 0.80

Maka upah bersih yang diterima hanyalah RM 3.20 untuk 42 minit.

Berbaloi tak agak2 untuk korang laburkan masa selama 42 minit untuk RM 3.20?

It's my job...

Lama menyepi, sepi bukan sebarang sepi...tapi sepi aku berhasil :)


Nama dari felt ni merupakan tempahan dari kak Liya...dah lama ni, saja ulang tayang :)

Berminat nak order? RM 1+RM 1 per huruf (New charges start from Today).


ID holder made from felt. Made with love for my dearie sis misi :)


DIY pack for ID holder & DIY Teddy HP Strap...made for Kaisara :)


DIY ID holder, made for Mazuin, a special person.